“Pada Awal-Awal Kemunculan KitaJaga kira-kira Julai 2021” Memandangkan keadaan yang kian tenat, terdapat segelintir rakyat sudah pun berserah, keluh kesah di sana sini, menempuh hari-hari yang sukar tanpa pendapatan, tanpa tempat tinggal, tanpa bantuan, tanpa sokongan moral dan harusnya bagaimana untuk meneruskan kehidupan yang semakin sempit di samping memikirkan tentang tanggungan, anak, isteri dan keluarga…