KitajagaLokal dari Medkad
Mengumpul dana sebanyak RM10,000 dengan menyalurkan sumbangan melalui Yayasan MyPrihatin untuk menyara keluarga yang memerlukan sambil turut membantu perniagaan tempatan
Kitajaga x Ikhlas
Mengumpul dana sebanyak RM50,000 (1,000 bakul makanan) untuk membeli bekalan asas dan makanan siap untuk keluarga ataupun individu yang terjejas, terutamanya mereka yang masih menaikkan bendera putih di kitajaga.co, sambil turut menyokong perniagaan tempatan.
Kitajaga Banjir
Khas buat mangsa-mangsa banjir yang memerlukan bantuan dari segi sukarelawan banjir, peralatan mengemas rumah, pakaian, makanan dan sebagainya. Selain itu, orang ramai juga boleh mencari mangsa-mangsa banjir yang terkesan untuk menghukurkan bantuan
Kitajaga Kerja
Bagi membantu mereka yang masih bergelut dalam mencari pekerjaan, kitajaga.co membawa alternatif baru bagi membantu dan memudahkan mereka mencari pekerjaan yang diingini. Selain itu, syarikat yang ingin mencari pekerja juga boleh mewara-warakan kerja kosong dengan menaikkan pin di kitajaga.co/kerja.
Kitajaga Ramadan
Derma kepada anak-anak yatim, asnaf, masjid atau surau dan yang memerlukan juadah berbuka puasa beserta dengan keperluan untuk menjalani bulan Ramadan.