Pandemik Covid 19 yang melanda di seluruh negara telah membawa kebimbangan terhadap masyarakat dunia, tak kurangnya di Malaysia yang turut terkesan akibat pandemik ini.
Ramai yang terjejas akibat covid 19, ada yang hilang punca pendapatan, ada yang terpaksa menamatkan perniagaan, ada yang hilang tempat berteduh, ada yang dihimpit emosi sehingga terasa ingin menamatkan riwayat sendiri dan pelbagai lagi desas desus tidak baik kedengaran akibat pandemik Covid19 ini.
Terinspirasi dari kibarkan bendera putih maka tercetusnya KitaJaga.co dengan matlamat yang sama, membantu golongan-golongan yang memerlukan namun KitaJaga.co mempermudahkan lagi golongan-golongan yang memerlukan untuk mengibarkan bendera putih secara maya
Bukan itu sahaja, ia juga membantu memudahkan golongan yang ingin membantu, mencari & menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan menerusi KitaJaga.co.
Bukan itu sahaja, ia juga membantu memudahkan golongan yang ingin membantu, mencari & menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan menerusi KitaJaga.co.
Apa Kata Masyarakat?
“Kitajaga.co sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban golongan yang memerlukan dan masyarakat juga sangat prihatin menghulurkan bantuan dan sumbangan walaupun sama-sama terkesan akibat pandemik Covid 19 ini”
Bantuan Diterima
KitaJaga.co telah memperkenalkan fungsi terbaru dan menarik iaitu butang Bantuan Diterima. Butang ini berfungsi sebagai bukti bahawa bendera putih tersebut telah pun menerima bantuan. Dengan fungsi terbaru ini, ia dapat membantu dalam mengelakkan kes-kes penipuan dan spam dari terus berlaku.
Dapat kita lihat, Pin Bendera Putih akan berubah menjadi Pin berwarna Hijau dan terdapat notifikasi pada pin menyatakan pin ini telah menerima sebanyak berapa bantuan. Oleh itu, ia juga membawa kemudahan kepada mereka yang ingin menghulurkan bantuan mencari dan memberi bantuan kepada yang lebih memerlukan.
Kempen KitaJaga
Kitajaga.co turut disambut baik oleh agensi-agensi luar yang sudi bekerjasama dalam membantu meringankan beban golongan yang terjejas. Menerusi kempen kibarkan bendera putih secara maya ini, tercetusnya beberapa kempen dan kolaborasi seperti:
Kempen Bendera Ungu
Bagi meningkatkan tahap privasi dan keselamatan pemberi bantuan, Bendera Biru kini dikenali sebagai Bendera Ungu. Kempen Bendera Ungu adalah salah satu gerakan membantu memudahkan pemberi bantuan menghantar barangan secara selamat. Team Ungu dari kitajaga akan membantu pin pin Ungu menghantar bantuan kepada pin Bendera Putih yang dinaikkan di kitajaga.co. Hal ini dapat meningkatkan keselamatan dan privasi para pemberi bantuan.
Ikhlas
Kempen Kitajaga x Ikhlas
Matlamat: Mengumpul dana sebanyak RM50,000 (1,000 bakul makanan) untuk membeli bekalan asas dan makanan siap untuk keluarga ataupun individu yang terjejas, terutamanya mereka yang masih menaikkan bendera putih di kitajaga.co, sambil turut menyokong perniagaan tempatan.
Klik butang di bawah untuk ketahui lebih lanjut dan jom menderma bersama Ikhlas
KitaJagaLokal
KitajagaLokal dari Medkad
Matlamat: Mengumpul dana sebanyak RM10,000 dengan menyalurkan sumbangan melalui Yayasan MyPrihatin untuk menyara keluarga yang memerlukan sambil turut membantu perniagaan tempatan
Klik butang di bawah untuk ketahui lebih lanjut dan jom menderma bersama KitajagaLokal
“Spend locally, help a family”.
Kempen Back to School (BTS)
Menggunakan konsep yang sama dari kitajaga.co yang bertujuan untuk menggalakkan masyarakat memberi ataupun menjual barangan sekolah terpakai dengan harga yang berpatutan menerusi laman web kitajaga.co/bts.
Di samping, dapat membantu mereka yang memerlukan untuk boleh mencari barang-barang persekolahan yang diperlukan melalui kempen Back to School
Global Sadaqah
Kempen pengumpulan dana dalam bersama-sama mengekalkan usaha murni kitajaga.co bagi meneruskan perjuangan dalam menyediakan platform bagi mereka yang memerlukan dan yang ingin menghulurkan bantuan. Setiap dana yang diterima akan membantu dalam pembangunan KitaJaga.co supaya dapat menjadi platform untuk membantu mereka yang memerlukan.
Klik butang di bawah untuk ketahui lebih lanjut dan jom bantu kitajaga.co dalam sama-sama meneruskan misi membantu masyarakat
Hantar Barang secara mudah
GoGet
GoGet juga merupakan perkhidmatan pengangkutan di mana runner GoGetter membantu sukarelawan dalam membeli barangan runcit atau produk lain dan menghantarnya ke lokasi bendera putih tersebut.
Getorders
Perkhidmatan penghantaran runcit dalam talian yang membolehkan pelanggan memesan barangan runcit dan akan dihantarkan kepada bendera putih oleh pihak Getorders sendiri
AirAsia Fresh
AirAsia Fresh adalah perkhidmatan penghantaran runcit dalam talian yang membolehkan pelanggan memesan barangan runcit dalam talian dan kemudian dihantarkan kepada bendera putih oleh AirAsia sendiri
Tapaw
Perkhidmatan pengangkutan yang membolehkan sukarelawan mengagihkan bank makanan tanpa perlu keluar rumah dengan mengisi borang beserta alamat
Ommafoody
Perkhidmatan penghantaran runcit dalam talian yang membolehkan pelanggan memesan barangan runcit dalam talian dan kemudian dihantarkan kepada bendera putih oleh Ommafoody sendiri.
Kitajaga.co masih meneruskan usaha dalam membantu masyarakat dengan menaik taraf sistem yang sedia ada dan berusaha keras dalam menjalankan beberapa kempen yang akan dilancarkan tidak lama lagi antaranya:
1. Sistem Profil di kitajaga.co: Mengurangkan risiko spam dan penipuan serta meningkatkan tahap keselamatan pengguna
2. Ruang Sembang: Meningkatkan tahap privasi dan keselamatan pengguna
3. Kategori Baharu di kitajaga: Kit kebersihan untuk para wanita
dan banyak lagi…..