Mencari dan memohon pekerjaan tidak seperti dulu. Kini, jarang sekali kita menyerahkan resume atau menggunakan khidmat pos untuk mohon sesuatu pekerjaan. Zaman sekarang, semuanya di hujung jari dan komunikasi seharusnya tidak ada masalah lagi, semuanya berlaku pantas. Sama ada permohonan kerjaya anda diterima atau pun gagal, mudah!
Hampir semua komunikasi pencarian pekerjaan terjadi secara elektronik. Oleh kerana majikan tidak mungkin melihat wajah dan berinteraksi sehingga anda dijemput untuk temu duga, kertas kerja, dan cara anda membuat susulan, mesti tepat.
Portal dan ruang dalam talian banyak yang menawarkan peluang pekerjaan, apa yang perlu anda lakukan adalah untuk pilih ikut kelayakan dan kesesuaian lokasi dan sebagainya.
Laman web komuniti KITAJAGA.CO tidak terkecuali daripada terus menjadi medium memberi kemudahan kepada rakyat bermula kempen Bendera Putih lagi. Sejak Februari lepas, mereka mewar-warkan KITAJAGA.CO/KERJA iaitu membuka ruang kepada para majikan untuk menawarkan pekerjaan kepada pencari kerja di luar sana.
Caranya sangat mudah, ringkas dan tidak rumit. Tiada sebarang pembayaran perlu dibuat oleh majikan untuk mengiklan, malahan yang mahu memohon juga hanya memerlukan proses ringkas. Objektif KITAJAGA.CO ialah untuk mempermudahkan urusan kedua-dua pihak iaitu majikan dan bakal pekerja.
Bagaimana mahu cari kerja?
- Buka laman web kitajaga.co/kerja
- Di ruang lokasi, taip tempat yang anda mahu kerja
- Senarai pekerjaan akan terpapar di belah kanan skrin. Pilih yang sesuai.
- Atau, di peta lokasi, anda boleh klik ikon ‘bag’ dan akan terpapar nama syarikat dan jawatan yang ditawarkan.
- Boleh klik di ruang bawah belah kanan untuk ‘Call’, ‘Whatsapp’ dan ‘Kongsikan’.
- Anda boleh berurusan secara terus dengan majikan.
Senang kan? Ya, mencari pekerjaan kini bukanlah rumit namun orang ramai dinasihatkan untuk meneliti dahulu peluang kerjaya, jenis syarikat, deskripsi kerja dan tawaran gaji sebelum memohon. Biarpun pihak Kitajaga.co memberikan ruang mudah untuk komunikasi majikan-pekerja, namun pihak terbabit harus telus dan jujur semasa berurusan bagi mengelakkan sebarang hal yang tidak diingini.
Bagaimana pula langkah untuk para majikan mengiklankan jawatan kosong?
- Di laman web kitajaga.co/kerja, ada terpapar peta lokasi dan butang klik ‘Saya ada pekerjaan’.
- Di skrin akan terpapar ruang iklan mudah. Masukkan nama anda, nama syarikat, jawatan yang ditawarkan, lokasi dan butiran lain.
- Majikan juga boleh memilih anggaran masa iklan tersebut akan berada di laman tersebut.
- Segala maklumat harus jelas bagi memudahkan calon pekerja menghubungi majikan untuk tindakan susulan.
Objektif Kitajaga.co/kerja ini ialah membuka jalan serta memberi nafas baharu di dalam dunia mencari pekerjaan selepas memasuki fasa endemik. Kesemuanya dilaksanakan secara dalam talian, dan proses mencari kerja tidak lagi perlu berjalan keluar masuk pejabat seperti dulu. Ia bukan sahaja memudahkan, malahan menjimatkan kos perjalanan dan masa.
Melalui laman web Kitajaga.co/kerja ini berasaskan bilangan ‘pin’ yang dinaikkan. Iaitu berdasarkan lokasi dan jenis jawatan yang ditawarkan. Sehingga kini terdapat 507 pin yang telah dinaikkan. Antara pekerjaan yang paling banyak ditawarkan ialah :
- Juruwang : 18 kekosongan
- Pekerja kilang : 16 kekosongan
- Pembantu kedai (kafe. Restoran, bakeri) : 12 kekosongan
- Latihan amali : 9 kekosongan
- Pemandu : 9 kekosongan
Carta pai di bawah menunjukkan lokasi paling ‘hot’ yang menawarkan serta mencari pekerjaan.
Rakyat Jaga Rakyat, ia bertepatan dengan fasa negara memulih setelah dua tahun tersedu di dalam kelancaran aktiviti ekonomi. Syarikat mahu merancakkan ekonomi, para pencari pekerjaan mahu ruang yang luas agar dapat memulakan kehidupan semula. Kedua-dua pihak iaitu majikan dan bakal pekerja saling terkait serta saling memerlukan.
Efektif Kitajaga.co/kerja ini harus digunakan sebaik dan sepenuhnya oleh kedua-dua pihak. Platform ini percuma, mudah, prosesnya ringkas dan tiada sebarang caj tersembunyi.
Selamat merancakkan ekonomi Rakyat Malaysia, semoga kita sama-sama melalui fasa endemik ini dengan semangat yang kuat, saling membantu dan berkongsi!