Adakah anda melakukan perbandingan harga sebelum membeli barang runcit? Jika ya, tahniah! Jika tidak, ketahuilah bahawa anda boleh melakukan penjimatan yang lebih besar sekiranya anda semak harga barang runcit sebelum membeli.
Menurut laporan Perbelanjaan Isi Rumah 2019 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, rakyat Malaysia menggunakan 17% daripada gaji bulanan untuk membeli makanan dan minuman bukan alkohol.
8% lagi digunakan untuk membeli pelbagai barangan dan juga perkhidmatan lain. Kedua-dua perbelanjaan ini telah memakan hampir ¼ daripada jumlah gaji yang diterima. Banyak bukan!
Jadi, alangkah baiknya jika kita boleh berjimat dan mengurangkan perbelanjaan!
Pada zaman ini, kos sara hidup semakin tinggi. Di samping mengawal perbelanjaan, pembeli juga perlulah lebih bijak dalam berbelanja.
Namun, apakah yang perlu kita lakukan untuk berbelanja secara berhemah? Antara langkah yang boleh membantu anda ialah dengan melakukan perbandingan harga sebelum beli!
Banding harga menggunakan aplikasi KitaJaga!
Untuk memudahkan pengguna, KitaJaga telah menyediakan satu platform untuk anda menyemak harga dengan mudah.
Menggunakan data daripada DOSM dan PriceCatcher, harga barang yang dipaparkan dalam aplikasi KitaJaga sentiasa dikemas kini supaya pengguna dapat mengakses maklumat yang terkini.
Kini, anda tidak perlu lagi menggunakan Google untuk melakukan perbandingan harga. Cukup dengan menggunakan aplikasi ini, anda boleh periksa harga barang dan lakukan perbandingan serta-merta.
Melalui aplikasi KitaJaga, anda boleh semak harga barang dengan pantas dan tepat untuk membantu pengguna supaya dapat berbelanja dengan lebih bijak dan berhemah.
Pengguna juga boleh muat turun aplikasi ini secara percuma di Google Play dan Apple App Store.
Sekiranya barang yang dijual agak mahal, pengguna mempunyai kuasa untuk memilih atau mencari alternatif lain.
Anda cuma perlu buka aplikasi KitaJaga, klik tab harga dan lakukan perbandingan terus dari aplikasi tersebut. Anda boleh masukkan ‘ayam bersih’ dan aplikasi KitaJaga akan menyenaraikan harga ayam di lokasi berdekatan anda.
Selain itu, anda juga boleh dapatkan bantuan banjir, ketahui lokasi Menu Rahmah RM 5, dan cari pekerjaan di kawasan sekitar tempat tinggal anda menggunakan aplikasi yang sama.
Anda juga boleh check nombor telefon scammer di laman sesawang KitaJaga!
Mengapa anda perlu lakukan perbandingan harga?
Ada banyak sebab mengapa anda perlu lakukan perbandingan harga sebelum membeli barang. Antaranya:
1. Anda dapat menjimatkan wang
Penjimatan merupakan sebab utama mengapa anda perlu semak harga barang sebelum beli. Kadangkala, anda boleh temui produk yang sama tetapi ia dijual dengan harga berbeza.
Tetapi, apakah cara yang terbaik untuk semak harga barang runcit semasa? Salah satu cara yang termudah adalah dengan menggunakan aplikasi KitaJaga. Melalui aplikasi ini, anda boleh melakukan perbandingan harga barang runcit dengan mudah.
Bukan itu sahaja, ada banyak lagi laman sesawang lain yang dapat membantu anda melakukan perbandingan harga. Oleh sebab itu, jadilah pembeli yang bijak. Semak dulu sebelum beli!
2. Tidak tertipu dengan harga lama
Kadangkala, penjual akan menjual barang-barang mereka dengan harga lama, lebih-lebih lagi jika produk tersebut telah dikeluarkan 2-3 tahun lepas.
Selalunya, produk yang masih lagi dijual dengan harga mahal walaupun sudah lama dikeluarkan ialah produk-produk elektronik seperti telefon pintar dan sebagainya.
Namun, itu tidak bermaksud barang-barang mentah juga terlepas. Kadangkala, ada peniaga yang sengaja menaikkan harga barang runcit semasa dan harga barang mentah, terutamanya sebelum musim perayaan.
Dengan memeriksa harga sebelum beli, anda dapat mengelakkan diri daripada ditipu dengan peniaga sebegini.
3. Beli barang dengan harga promosi
Akhir sekali, anda boleh beli barang yang anda inginkan dengan harga yang lebih murah. Mengapa perlu berbelanja lebih sedangkan anda boleh dapatkan dengan harga promosi?
Bukan semua kedai menjual barang dengan harga yang lebih rendah pada masa yang sama.
Jadi, dengan melakukan perbandingan harga sebelum beli, anda boleh kenal pasti kedai manakah yang menjual barang dengan harga yang lebih murah.
Jaga-jaga, jangan mudah terpedaya dengan barangan yang dijual dengan harga yang terlalu murah. Sebelum beli, periksa terlebih dahulu tarikh luputnya!
Lagi tip untuk berbelanja dengan lebih bijak
- Gunakan kad rewards ketika membeli.
- Sertai program loyalty di kedai yang anda selalu singgah.
- Buat senarai barang yang perlu dibeli sebelum keluar.
- Gunakan kupon jika ada.
- Beli barang ketika ada jualan murah (sale).
- Bawa beg sendiri.
- Sentiasa bandingkan harga sebelum beli.
- Gunakan aplikasi/kad yang boleh memberikan anda rebat.
Jadilah pengguna yang bijak. Semoga perkongsian kami di atas dapat membantu!