Malaysia telah bergerak ke arah endemik dan banyak pelepasan SOP dibenarkan. Perniagaan mula menampakkan sinar baharu dan terdapat krisis baru yang perlu ditangani iaitu Pekerjaan! Rata-rata mengadu susah mendapat pekerja terutama sektor F&B dan Runcit.
KitaJaga mendengar seruan dan keluh kesah warga Malaysia dan kami telah melancarkan kempen kerja di kitajaga.co.Misi kami adalah untuk membantu orang-orang yang memerlukan duit dan menghubungkan mereka dengan peniaga-peniaga yang memerlukan pekerjaan.
Kitajaga.co juga telah mengemas kini laman web dengan menambah halaman utama agar pengguna lebih jelas dengan kempen-kempen terbaru kitajaga.
Halaman Utama dengan navigasi yang jelas
Halaman utama KitaJaga telah dikemaskini dengan termasuk kempen-kempen yang telah dilancarkan secara terbuka kepada komuniti. Mereka yang ingin mencari dan menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian dengan melawati kempen tersebut. Individu yang ingin terlibat dalam Kempen Kitajaga boleh berbuat demikian dengan mengklik butang ‘Saya nak buat kempen’ di bahagian bawah halaman dan isikan maklumat yang diperlukan.
Cari Kerja Kosong dengan mudah
Kempen ini telah direka bagi memudahkan mereka yang mempunyai kekosongan kerja sahaja boleh memohon/mendaftar pin sebagai ‘Saya ada pekerjaan’ untuk membantu mereka yang sedang mencari kerja.
Kerja Kosong kini dikongsikan di twitter
KitaJaga telah melaksanakan automatik posting di twitter (https://twitter.com/kitajagaMY) untuk memudahkan orang ramai mengetahui bahawa terdapat pekerjaan yang telah disiarkan di KitaJaga. Bagi yang berminat, mereka boleh mengklik terus pada pautan yang diberikan untuk mendapatkan butiran lanjut tentang pin pekerjaan tersebut.