Banjir merupakan bencana alam semula jadi yang paling lazim berlaku di negara kita. Setiap tahun, bencana ini telah mengakibatkan kemusnahan harta benda dan alam sekitar dalam skala yang besar sehingga menyebabkan kerugian terhadap individu dan negara. Selepas bencana ini, banyak keluarga yang terkesan dari segi kawangan sehingga memerlukan bantuan banjir.
Menurut laporan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, banjir yang berlaku pada hujung tahun 2021 dan awal 2022 telah menyebabkan kerugian sebanyak RM 6.1 billion.
Kemusnahan terhadap tempat tinggal pula adalah sebanyak 1.6 billion, industri perkilangan sebanyak 0.5 billion, pertanian RM 90.6 juta dan kerosakan terhadap infrastruktur sebanyak RM 2.0 billion.
Oleh sebab itu, usai banjir surut, ada banyak pihak yang akan tampil ke hadapan untuk memberikan sumbangan atau bantuan banjir kepada mangsa.
Namun, sebagai orang biasa, pasti anda tertanya-tanya; apa yang anda boleh lakukan untuk membantu mangsa banjir?
Jom, sertai KitaJaga.co dan bantu beri bantuan kepada mangsa banjir yang memerlukan. Jika bukan kita, siapa lagi yang akan membantu!
Dapatkan bantuan banjir di sekitar kawasan anda!
Jika kawasan anda dilanda banjir dan anda memerlukan bantuan dari segi makanan, pakaian dan sebagainya, jangan malu untuk minta bantuan di aplikasi Kitajaga.co.
Aplikasi KitaJaga boleh dimuat turun di Google Play Store dan App Store.
Caranya mudah sahaja, jika anda memerlukan bantuan:
- Klik butang merah ‘Saya perlukan bantuan’.
- Aktifkan perkhidmatan lokasi.
- Daftar masuk (jika tidak mempunyai akaun kitajaga, sila daftar terlebih dahulu).
- Isikan butiran dengan lengkap. Terangkan mengenai keadaan anda sekarang. Sebagai contoh: Assalamualaikum semua, kawasan rumah saya telah dinaiki air. Saya memerlukan bantuan dari segi makanan, ubat-ubatan dan pakaian untuk keluarga.
Jika anda ingin memberikan bantuan banjir:
- Klik butang biru ‘Saya ingin bantu’.
- Aktifkan perkhidmatan lokasi.
- Daftar masuk (jika tidak mempunyai akaun kitajaga, sila daftar terlebih dahulu).
- Isikan butiran dengan lengkap. Terangkan mengenai bantuan yang anda boleh berikan. Contohnya: Saya mempunyai lebihan makanan kering untuk mangsa banjir. Lokasi saya adalah di sekitar masjid XYZ.
- Anda juga boleh memberikan bantuan dalam bentuk tenaga kerja. Selepas banjir, rumah yang dinaiki air perlu dicuci dan dibersihkan. Mangsa juga mungkin perlukan bantuan untuk mengalihkan perabot rosak dan sebagainya. Anda juga boleh berikan bantuan dengan menjadi sukarelawan banjir.
Pastikan anda menulis bentuk bantuan yang diingini dan bakal diberikan secara jelas.
Bantuan banjir yang anda muat naik di dalam aplikasi KitaJaga.co mungkin akan sampai ke keluarga yang benar-benar memerlukan.
Langkah yang perlu dilakukan sebelum banjir
Menurut Jabatan Meteorologi, hujan lebat akan berlaku di Kelantan, Terengganu dan Pahang dari November hingga Disember 2022 manakala Johor, Sabah dan Sarawak dari Disember 2022 hingga Januari 2023.
Malah, banjir juga diramalkan mungkin bakal menjadi lebih teruk daripada tahun-tahun sebelum ini.
Oleh sebab itu, kita perlulah lakukan persediaan untuk sebelum, semasa dan selepas banjir supaya kita dapat menghadapi banjir dalam keadaan yang lebih bersedia:
Sebelum banjir
- Sediakan kit pertolongan cemas yang lengkap dengan ubat-ubatan.
- Pastikan anda mempunyai lebih daripada 1 lampu suluh, telefon bimbit dan powerbank sebagai langkah berjaga-jaga. Pastikan semuanya masih berfungsi dan mempunyai bateri.
- Simpan dokumen penting dalam bekas kedap air.
- Sediakan makanan dan air bersih secukupnya.
Pastikan ahli keluarga tahu apa yang perlu dilakukan sekiranya rumah dinaiki air.
Semasa banjir
- Dapatkan maklumat mengenai banjir melalui hebahan di kaca televisyen, radio dan media sosial. Pastikan anda tahu dimanakah Pusat Pemindahan Banjir berdekatan.
- Tutup suis elektrik utama rumah.
- Pastikan anda bersedia untuk menghadapi banjir kilat.
- Jangan bawa kereta di dalam banjir. Anda mungkin akan tersangkut dan hanyut dibawa air.
- Jangan mandi air banjir.
- Jauhkan diri daripada pencawang elektrik.
- Bersedia untuk berpindah ke kawasan yang lebih tinggi jika paras air semakin meningkat.
- Ikut arahan pihak berkuasa. Jangan ingkar dan berkeras untuk tinggal di rumah.
Selepas banjir
- Pulang ke rumah hanya selepas mendapat arahan pihak berkuasa.
- Buang sebarang makanan dan minuman yang terdedah dengan banjir.
- Jangan minum air banjir.
- Pakai kasut sebelum memasuki rumah.
- Jangan terus ‘on’ barang elektrik. Keringkan terlebih dahulu sebelum anda cuba hidupkannya.