- Untuk makluman, sebarang aktiviti pemberian dan penerimaan sumbangan adalah tanggungjawab anda. Sentiasa lakukan soal selidik dengan menghubungi penerima dahulu. Kami warga kitajaga.co, menegaskan kepada warga pemberi dan penerima sumbangan agar sentiasa menjaga keselamatan dan juga kesihatan diri dengan mengamalkan SOP yang disarankan oleh KKM. Patuhilah SOP yang ditetapkan agar kita dapat membendung penularan wabak virus dan meneruskan aktiviti amal ini dengan cara yang betul.
- Semua maklumat peribadi yang dikumpulkan oleh Kitajaga dilakukan secara eksklusif dengan persetujuan anda. Tidak ada maklumat yang dikumpulkan secara automatik. Dalam keadaan apa pun, kami tidak akan berkongsi maklumat peribadi anda dengan individu atau organisasi lain tanpa kebenaran anda. Walau bagaimanapun, anda digalakkan untuk TIDAK berkongsi maklumat peribadi atau maklumat peribadi / sulit lain (seperti nombor ID, akaun bank, dll.) di antara penderma & penerima. Kami tidak akan bertanggungjawab kepada anda atas niat tidak betul / berniat jahat terhadap kebocoran maklumat.
- Selain itu, laman sesawang kitajaga.co akan beroperasi pada pukul 8.00 pagi hingga 1.00 malam berpandukan SOP PKP yang ditetapkan. Justeru itu, sebarang pemberian dan penerimaan sumbangan haruslah berpandukan waktu SOP PKP bagi mematuhi peraturan yang ditetapkan.